Khamis, 3 Ogos 2017

CANTIK PERSIS KOREA

Kalau korang minat tengok Drama or Reality Show Korea, korang mesti perasan kan kulit dorang cantik flawless glowing je kan. Tak kisah lelaki ker perempuan ker cantik sangat kulit dorang.. Dan kalau korang nak tahu, orang Korea ni sangat menitik beratkan bab kecantikan dari dalam. Sebab tu umur orang Korea walau dah 70/80 pon still kuat sihat sebab disamping jaga kecantikan dorang jaga kesihatan jugak.

#7 tips kecantikan orang Korea



1. Skin Care / Penjagaan Kulit Harian
- Orang Korea biasanya akan guna 3 jenis skincare setiap hari. PENCUCI MUKA, SUNBLOCK DAN PEELING GEL. 

Sekarang ni Kak Lin nak tanya korang. Bila last korang guna peeling gel atau scrub bagi sental daki dengan kulit mati korang. Mesti jawapan korang. HUHUHUHUHUHU kannnnnn.

2. Kurang Makan Makanan Berminyak
- Yang ni memang diakui selepas pemerhatian Kak Lin terhadap orang-orang Korea. Cehhh!! Pemerhatian lar sangat (mata sila ke atas). Tapi memang tak dinafikan bab ni sebabnya kalau korang memang peminat rancangan Korea, jarang gila kot nak jumpa dorang makan makanan deep fry ni. Biasanya makanan dorang mesti rebus atau panggang. Kalau korang nak cantik macam orang Korea, silalah kurangkan makanan berminyak selain dari cantik bagus jugak untuk kesihatan.

3. Face Mask
- Yang ni pon hasil pemerhatian Kak Lin sebab selalu tengok RunningMan and 2 Days 1 Night. Kim Jong Min yang bingai-bingai tu pon pakai face mask sebelum tido tau. Face mask ni memang wajib ada siap letak dalam peti ais belah bawah kalau kat rumah Kak Lin ni bahagian bawah peti ais tu kau boleh jumpa sayur kering sebab malas masak. Hahahaha. 




4. Suka Makan Tauhu
- Lagi sekali hasil pemerhatian Kak Lin. Hahaha. Jangan kecam!! Dorang sangat suka makan tauhu/tofu. Yang ni Kak Lin pon suka makan sebab sedap selalu order kat Chicken Rice Shop sepinggan sorang boleh habis. Hehe.

5. Seaweed
- Ini dah memang makanan dorang. Makan mentah atau buat sup, tak heranlah kulit dorang cantik sebab seaweed ni mengandungi banyak kolagen.

6.  Sayur
- Ini pon salah satu punca kulit dorang cantik. Cer korang tengok dorang makan sayur, selamba je tau. Tu belum kira lagi yang dorang buat wrap pastu sumbat dalam mulut. Perggghhhh!!! Terliur pulak tetiba. 

7. Plastic Surgery
- Yang ni memang famous gila kot kat Korea. Kau cakap je nak bentuk macam mana sekejapan doktor dia siapkan. 

Dah habis baca?? Takdelah susah sangat nak cantik macam orang Korea kan!! Now, nah Kak Lin belanja gambar Kang Gary sekeping. Hehe. Semoga berbahagia. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan