Sabtu, 5 Ogos 2017

PETUA HILANGKAN BATUK

Musim-musim cuaca tak menentu ni mesti ramai yang kena batuk-batuk kan. Batuk 1 cara tubuh untuk mengeluarkan debu, lendir, habuk dari sistem pernafasan. Setiap orang pasti akan kena batuk sekurangnya sekali setahun, batuk juga akan hilang dengan sendiri dalam masa sehari hingga ke tiga minggu. 


Sehari dua ok lagi kan kalau batuk, tapi kalau dah masuk seminggu kita sendiri akan merasa tidak selesa lagi-lagi kalau kerja kita perlu berhadapan dengan orang lain. Jom Kak Lin share petua untuk hilangkan batuk secara semulajadi jika anda takut ubat ubatan memberi kesan mengantuk hingga menggangu waktu kerja. 

Ni, Kak Lin ada 5 PETUA untuk anda hilangkan batuk secara semulajadi ;

1. BUAH ANGGUR
- Anggur mempunyai sifat ekspektoran yang dapat membantu mengeluarkan lendir pada saluran paru-paru. Buatlah jus anggur dan minum sehari dua kali, jangan terlalu banyak karena rasa manis pada anggur juga boleh menyebabkan batuk.

2. LIMAU NIPIS DAN KICAP
- Ini adalah rawatan tradisional yang sangat terkenal dan efektif. Cara dia ; letakkan kicap pada sudu kemudian perahkan limau nipis dan minum campuran itu tadi.

3. SUP AYAM
- Bila batuk banyakkan sup ayam kerana dalam sup ayam terkandung sifat anti radang seperti dalam ubat batuk. Sup ayam ni sedap, orang tak batuk pon boleh makan bertambah-tambah.






4. MANDI AIR PANAS
- Tutup pintu bilik air rapat-rapat kemudian mandi air panas sehingga terjadi wap dalam bilik air. Wap sangat bagus untuk membuka/melonggarkan sistem pernafasan seterusnya memudahkan bendasing keluar dari ruang rongga.

5. MINUM AIR MASAK DENGAN BANYAK
- Ini memang tak boleh dinafikan kebaikan air masak kepada tubuh badan.

Cubalah salah satu petua dan jangan lupa berpantang dalam pengambilan makanan berminyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan