Jumaat, 4 Ogos 2017

PETUA HILANGKAN SELULIT SECARA SEMULAJADI

Sebelum nak hapuskan selulit, kita kena kenal dan tahu macam mana selulit tu terjadi. Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.



Dah kenal selulit tu apa kan... now Kak Lin share petua yang dapat membantu masalah selulit tu tadi, bahan-bahan just guna apa yang ada kat rumah je. Senang dan jimat. 😃



Bahan-bahan :
❏ 2 cawan serbuk kopi

❏ 1/2 cawan gula
❏ 2-3 sudu besar massage oil (minyak urut)

Cara-cara :
❏ Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.
❏ Kacau sampai sebati.
❏ Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
❏ Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.
❏Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.
❏ Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.


Amalkan cara hilangkan selulit ini selama beberapa minggu atau sehingga anda berpuashati. Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan